Monday, April 27, 2009

Dapatkan Pelbagai Jenis Tanaman Hiasan Sekarang

Pelbagai jenis bunga yang cantik dan menarik boleh anda dapati sekarang dengan berkunjung ke premis kami yang beroperasi dari Isnin-Ahad 9am-7pm. Anda juga boleh menghubungi pihak kami di talian yang tertera untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Kami juga boleh dihubungi melalui email rozai09@yahoo.com.my. Berkunjunglah sekarang bagi menikmati kehidupan yang lebih menyegarkan.

Thursday, April 9, 2009

Selamat Datang Ke Dunia Hiasan Laman Anda

Keindahan laman rumah yang menarik dan cantik pasti diimpikan oleh semua orang. Dengan terciptanya dekorasi laman yang cantik akan dapat memberi keselesaan dan kenyamanan terhadap pemilik rumah. Sejuk mata memandang apabila terlihat laman yang indah tersusun dengan pelbagai jenis tumbuhan dan bunga-bungaan. Minat yang mendalam terhadap tanaman hiasan menimbulkan ilham kepada saya untuk menubuhkan perniagaan tanaman hiasan iaitu nursery. Pemilikan 100% bumiputera ini bermatlamatkan untuk memberi produk dan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan. Lokasi perniagaan yang terletak di jalan utama KL-Ipoh iaitu berhampiran dengan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Perak merupkan lokasi yang strategik dan memudahkan sesiapa sahaja untuk berkunjung ke Rozai Plants. Setelah hampir 5 tahun Rozai Plants ditubuhkan banyak respon positif yang diterima. Pelbagai jenis tanaman hiasan dijual seperti bunga-bungaan, pokok renek, pokok besar dan semua jenis tanaman ada dijual. Selain itu turut dijual ialah benih buah-buahan, baja, racun serangga, alat pertanian dan sebagainya. Rozai Plants juga merupakan pembekal bagi tanaman-tanam tersebut. Dari perusahaan kecil-kecilan sehinggalah sekarang Rozai Plants berjaya mengembangkan perniagaanya.